Thursday, September 16, 2010

Ya! Aku SedaNg BerbaHagia... :D

Wahai kawan-kawan!! Sure anda pernah mendengar peribahasa yg berbunyik,

"berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian.."
bukan??"

Maka,marilah dengar cerita saya yg bersakit2 ini untuk pulang berhari raya ke Malaysia.Namun begitu, seperti maksud peribahasa di atas, saya sekarang ini sedang berada di dalam mood yang bahagia dan senyum sehingga 360 darjah keliling kepala..oh yeh! Oh yeh!


menanti kapai terobang...oh..debaran kian terasa..gedebuk gedebab!!

Oleh kerana mengikut nasihat rakan Speckybee yang amat bijaksanasini, maka Speckybee telah memilih seat bahagian belakang sekali, kononnya luas dan selesa...Ya, sungguh selesa kepala hotak...Seat harem xboley adjust. Kejung badan aku. Naik pulak dengan stock2 rentung. Ya ampunnnn!!! Rasa mcam duduk kt planet of the Apes. Terkinja sana,terlompat sini. Org suh off henpon, menggedik lagi talipon member2.Lepas tu, pakat2 berdiri, rilex jeee..macam tengah lepak bas stand.Menyandar2 kt seat aku. Dah la time tu ada turbulence warning. Nasib baik aku puasa. Kalo tak, aku goncang2 kapal terbang tu, biar jatuh segala apes2 rentung keluar.haisshhhh! Sabar sabariah...

Dalam pukul 2.45 petang, syukur alhamdulillah, kami selamat sampai ke tanah air. Pestu check in pulak untuk flight ke Penang. Pukul 6.15 lebih kurang, dah sampai Penang. Yesszzzzaa! Cam biasa, family Speckybee yang akan jemput ktorg kalau ktorg smpai kt airport Penang. Then, bila tgk jalan jam gila babang, we all decide pegi ke Padang Kota utk berbuka. On the way ke Padang Kota pun adalah sangat jam. Nasib baik ada jugak air mineral. Kalau tak, maybe aku dgn Speckybee akan berbuka dengan mengorek hidong sesama sendiri secara berganti2.kekek!

Selesai membelasah sepinggan mee udang yg hampeh tapi mahal nak mamps, dan jugak sepinggan besar pasembor yg mabeles, kami pun berkeputusan nk balik naik feri je lah. Tak koser nak membelah Penang Bridge mcm dah nazak aku tgk keadaan trafiknya itu.

Maka, beraturlah kami tunggu turn utk masuk ke feri. Di kala tengah beratur tu, adalah lahanat2 yg tak reti2 nak beratur.Sesedap itik golek je dia potong keta depan. Di kala itu, mulalah idea2 kreatif aku dgn Speckybee utk modify keta ktorg, contohnya, nk pasang lampu brek ketiga dan sportlight kereta ktorg dengan lambang jari tengah. Bengang siot.


11.00 p.m Beratur nk naik feri..Siap boleh berposing2 lagi ktorg kt sini.Mcm nk pengsan menunggu.Pukul 1 pagi baru smpai rumah. Kalo kira2 balik, dah boleh pegi Sri Lanka balik, pestu balik Galle, tido 1 round.Sabar sabariah.....

So, lepaslah satu hazab nk balik kampung...syukur alhamdullilah sebab semuanya selamat. Raya kali ni mmg sgt best. 1, sebab aku dapat jugak solat raya setelah 4tahun berturut2 aku tak dapat. Seken, sebab raya kedua adalah besdei Uyin...weeee!!

So, raya pertama aku mmg beraya kt umah mertua di Guar Cempedak, raya kedua baru beraya kt Baling. Aku ada buat majlis skit utk besdei Uyin. Pakai catering je pon..tak koser aku nk masak raya2 ni dgn penat naik flight dgn segala jam lom abis lagi.Yang bestnya, dapat jumpa member2 skolah rendah aku yg berbelas tahun tak jumpa.Kira cam reunion la kt umah aku time tu. Best woh!

Antara member2 skola rendah aku. Suma dah jadi beranak pinak dah.


Besdei Girl...Video je yg banyak.Time org nyanyi lagu 'Selamat Hari Jadi' dia buat muka blur...kah3x!!lupa plak dia tak paham.So, tukar.Semua kena nyanyi balik lagu 'Happy Birthday' plak dah.


Hai Mami! Hai Dedi! huekekeke!


Reunion skolah rendah Speckybee@KFC Gurun.

Pack betul xtvt raya aku tahun nih. Blogger yg sempat aku jumpa, Gadis Comel. Tu pun dia dtg umah mertua aku. Hoi! lupa nk bagi souvineer Sri lanka laaa... Hang kalut sgt.Padahal barang dah ready dah. Postponed pi kenduri kawen hg la..

Oleh kerana kenmain lagi raya aku tahun nih, makanya, stadi untuk interview 21hb nnti ke laut laaaa....Hep!!! stadi! stadi! lagi 5 hari nak pegi putrajaya nih.Korang doa2kan lah aku ye..aku ni stock gigil kalau bab2 intebiu2 nih.Tambah2 kalo tanya bab2 ilmiah ni.Bab gosip2 artis je yg aku tau.hahahaa! maka,sepanjang 5 hari ni, aku tekad akan baca benda2 ilmiah je.Kohnon!

Tuesday, September 7, 2010

TeRBanG Ke Malaysia! Yeah!


Gambar passport uyin masa umo 6 bulan.Passport ni still pakai sampai sekarang.


Ni gambar passport Uyin yg pertama. Umo 7hari.hehe..Genap 30hari, dia terbang balik Malaysia.


Ni gambar passport Uyin umor 3bulan.Cam rupa anak org Sri Lanka pun ada gak.Tihihi!

Petang nanti insyallah kami akan ke Colombo. Esok pagi, dijadualkan akan terbang pulang ke Malaysia pada pukul 8pagi waktu Sri Lanka...Sampai KL insyallah dalam pukul 2.45 petang, 4.45 petang naik lagi flight ke Penang. Dijangka tiba pada 5.45 petang.Mungkin berbuka kt Penang..Insyallah...Doakan keselamatan perjalanan kami sekeluarga ya kawan2...

Selamat hari raya..maaf kalau ada salah dan silap saya sepanjang kita bergaul di alam realiti mahupun di alam maya..Panjang umur, ada jodoh, insyallah berjumpalah kita di tanah air Malaysia.. :D

BiLa EnGiNeeR MuLa MeNjaHiT.....

Ini adalah satu lagi bakat terendam Speckybee. Menjahit! Heran aku.En.Speckybee ni feminin betul laa..aku rasa, besok2 kalau aku keje, aku nk suh dia duduk umah lah, buat keje umah lak.huekekkee!

Jom kita lihat, apa projek dia sempena raya ini!


Bila aku tgk draft dia, cam rupa drawing badminton court pon ade gak!


Inilah dia, Projek XXX Speckybee..


Baju Kurung Uyin!!!!!


Ukur sample baju..


Tanda2 kat kain...


Start potong kain.


Close up skit bapa yg gigih ini..


Kain yg dh siap dipotong..

Kitorang mmg xde mesin jahit. So, jahit tangan je occay...Silalah kagum!

Tadaaaaa!!!


Dah siap baju uyin....


fewit!! best tak uyin pakai baju abah jahitkan???Ngehehehee!!

Tahniah Incey Speckybee..Besok2 jahit baju dinda plak ye. Dinda nak baju pesen Dato' Siti Norhalijah...boley???

Sunday, September 5, 2010

Ini baru entry yg bebetul nya..

Fuh,boleh gak upload gambar2.Nilah sebenarnya entry aku.Entry kt atas tu request bigbos aku,Incey Speckybee. Sebab mak sedara dia nk tgk gamba pinggan2 tu. mlm smlm Ha, meh aku nk cerita apa terjadi sepanjang sesi kesenyapan aku tidak menghapdet blog.tihihi!

Malam rabu aritu, ktorg dpt jemputan berbuka la oleh member Speckybee. So, pegi lah restoren ocean pizza kt galle nih.Layan gambar la eh..


Ni supervisor local.Selain tugas dia jadi supervisor kt site, dia boleh gak jadi baby sitter.muehehe!


Pizza besar telaga! kejang urat perut makan.


Ni scale pan pizza tu dengan org plak.Besar kan? Tp aku suka gak,sbb dia cam crispy2 kt tepi tu.nyam!

So,bila dah ada Uyin, dorang suh waiter bawakan baby chair.
*
*
*
*
*
*
*
*

Nah, hambek ko! bebi chei!

pengsan occay?? Tp aku takjublah dengan org Sri Lanka ni.Tahap konfiden lebey.Rilex je dia bawak bebi chei ni.Kau ado?

Dah besok tu, Speckybee ada meeting kt Colombo. Petang, we all pegi soping serba sedikit barang2 utk dibawa balik untuk kaum keluarga kt Malaysia.



Memborong teh....


Barang2 unik Sri Lanka boleh didapati kt sini. Produk kain linen,pestu ada ukiran2 kayu,lukisan,buku2,macam2 lah.Yg ramainya adalah foreignerlah.

Pestu pegi beli set Noritake kejap, dan barang cenderahati utk keluarga dan kawan2.


Inilah dia dining set yg menjadi igauan Speckybee siang malam.Malam ni tido sambil tersengih lah beliau. Aku pun xpaham, amendelaa lelaki ni berkenan sgt dgn segala pinggan mangkuk ni???Asal aku tade perasaaan pape pon?


Bungkus bebaik bai..Pecah kalu, mengamuk Speckybee.Gua tak tanggung.


Hasil tangkapan soping semalam. Mug noritake, kemeja kain linen,baju2 skit,teh,keychain,apa lagi tah.


Baju baru utk cek Uyin.



Untuk diri aku,aku beli seluar tido jee..muehehe! Calvin Klein.Best gak kain dia.Ni sluar tido lelaki.Tp aku dulik ape! Janji suar ni best.wawawa!


Kami sudah siap packing barang...hai laaa...tak sabar rasanya...lagi 2 hari...oh!oh!


Korang semua dah start cuti raya dah??

EntRy KhaS UnTuk PaKLoNG AzHar & MaK LoNg BiSah

Perhatian

Ini adalah sticky post.Utk entry terbaru scroll ke bawah sajork.Entry ini akan stick sini sampai besok,wokeh?
###################################################

Dan juga kepada semua2 yang mempunyai citarasa elegan dan classy terhadap pinggan mangkuk..Siapa2 yg terkenan berkenan, bolehlah order via email artneys@yahoo.com. Kemungkinan besar, ini adalah tahun terakhir kami di Sri Lanka.Maka marilah kita membeli dan membelah... :D

Noritake di Sri Lanka ada 3 gred:
1. Bone China (First Grade)
2. Fine China/Porceline (2nd Grade)
3.Goldmark (3rd Grade)
*Keadaan classy adalah mengikut turutan menurut sales manager kt situ.
Semua produk2 ini dihasilkan di Sri Lanka sendiri. :D


Set Crestwood Cobalt


Set Crestwood Platinum


Set Cirque Platinum


Set Platinum wave

ni gambar corak sebenar untuk Platinum wave.


Dinner Set
2nd Grade/Fine China
Harga ketiga2 set apprx. RM 800++ per set.

rak paling atas~Tune

corak sebenar Tune


rak ke dua~Cresswood Cobald

rak ketiga ~ Birchwood

corak sebenar Birchwood



Maestro Green


Ini adalah the latest design, Toscana Garden namanya..
Price untuk 38pcs adalah USD 915.48..appx. RM 3200++.
Yang ni kalau nk tgk secara live, boleh tgk kt Kg.Jalan Baru,Guaq Cempedak selepas ketibaan kami di Malaysia.. =)

Yang gambar xde harga, nnti we all check balik.Sekian sahaja laporan dari showroom Noritake Sri Lanka..muehehehe!

Saturday, September 4, 2010

Aku Idop Lagi..

Jangan risau kawan2...
Keadaan aku masih bernyawa dan sihat walepatliat..
Cuma keadaan picasa web kt blogspot ni dan juga keadaan cuaca yg mempengaruhi broadband tenet aku ni yg menjadikan blog aku seolah2 nazak.

Jadi aku mintak maap banyak2 pada semua atas segala yang berlaku.
Percayalah, setiap kejadian ada hikmahnya.
Mungkin tenet ni suh aku stadi lebih untuk intebiu yg akan datang.
Maka dia tak bagi aku hapdet blog.
Jadi tidak payahlah kawan2 risau.
Sebaik saja aku bagi tazkirah subuh hingga zuhur kt customer service broadband ni,
insyallah keaadan akan kembali pulih seperti sedia kala.


notabulukaki~aku cuba mengontrol pernafasan supaya idong aku tak kuar asap di bulan yg mulia ini..harap maklong..

Thursday, September 2, 2010

PeTua Orang Sri Lanka....

Petua ni aku baru tau je.Aku tak pasti korang tau ke tidak, sebab selama aku baca majalah,xde plak petua cenggini tulis dlm tu.

Problem aku duduk kt sini adalah masalah anjing. Kt sini anjing mmg sangat banyak, sama banyak dengan org dia.heh!

Bila malam, gate rumah aku akan dikunci oleh encik tukang kebun, dan dia akan lepaskan anjing yg bapak garang. (Sumpah garang weh, Speckybee sampai boleh melompat atas bumbung SUV sebab kena salak dgn anjing tu!) Yang menjadi masalah kt aku adalah anjing tu suka lepak kt depan umah kitaorg nak buat tahek kt situ. Cam kita sedia maklom, najis anjing ni adalah najis berat. Satu hal pulak nk menyamak2, ye tak?

So,slalunya aku akan suruh encik tukang kebun yg bersihkan.Last weekend, aku ada panggil 2 org helper untuk bersihkan rumah, dan kemas2 skit storeroom.Alang2 tu aku suh dia bersihkan porch skali.Dia bgtau, nak elak anjing dari duduk2 kt depan rumah kita, cara2nya adalah isi air dalam botol, letak kt tiang2 rumah.

Aku agak heran.Xde penjelasan saintifik dari 2 org makcik tersebut.Kalau dia cuba terangkan pun, sumpah aku tak paham sebab english dia sgt mengerikan. Maka, aku pun terai je lah buat, mudah2an xdelah lagi masalah tu muncul kt umah aku ni.


Ha, cenggini cara2nya..tak nampak?? Jap aku close up lagik.


Haaa,itulah dia. botol kecit je. Botol Sunquick. Sebab kt umah aku ni aku mmg haramkan minuman bergas. Tapi si Speckybee kalau balik kampung rumah dia, bukan main bahagia dia togok air tu. Aku hanya mampu jeling je lah dgn harapan masuk bilik kang aku cubit tekak dia sampai bengkak. Nak ckp apa, mak dia pon join sekaki minum air gas tu.Huekkeke!

Berkesan ke???

Hah, ni lah yang aku nk cerita ni. Kalo tak berkesan xdelah aku nk susah2 tulis dlm blog ni. Berkesan gua cakap lu!!! Harini, ada sekor anjing dari luar dtg umah aku. Dia jalan kt tepi2 yang bahagian simen tu je. Dia xberani langsung masuk dalam porch. Sampai tido2 dia kt situ, tapi mmg tak masuk jugak. Teruja plak aku dengan petua ni. Malam tadi aku pegi dinner kt luar. Balik, anjing tu ada kt situ. Tido. Langsung dia tak berani masuk.Aku nk snap gambar, tapi dia dah meluru ke arah aku. So aku melompat dengan jayanya ke tepi. Jadi xde lah gambar.Sok aku try snap gambar anjing tu eh.

Yang menjadi persoalan aku skang, apa kaitan air dalam botol tu dengan anjing ???

Wednesday, September 1, 2010

SeptembeR YanG Indah

ehem, dengar lagu ni dulu sambil baca entry ni.baru feeling tu mariiii...mueheheheh!




Well, selamat datang bulan September yang indah lagi bermakna untuk aku.Bulan september 2007 menyaksikan aku dinaiktaraf menjadi seorang emak.Tu kira darjat tertinggi bagi seorang wanita,sebab ada syurga kt tapak kaki.. :D

So entry ni, aku just nk curahkan perasaan sayang aku pada Si Uyin dengan harapan,bila dia dah boleh membaca besok,dapat lah dia baca blog aku ni.Memang antara tujuan aku tulis blog adalah sebagai catatan diari kehidupan aku.Manalaa tau, umo aku xpanjang,xsempat aku nk cerita kt Si Uyin. Kira cam ala2 cerita Kuch kuch Hota Hai laa kan.huekekeke!

Uyin seorang budak kecik yg bakal berumur 3tahun pada 11 September 2010 nanti.Jangan memain kauu!! Budak World Trade Centre nih! Walopon umo dia baru nk cecah 3tahun, banyak perkara yg aku belajar dari dia. Come on laa, admit it! Org dewasa jangan jadi sombong dan ego. Tak semua adults adalah pandai dan tak buat salah, betul tak? Kalau adults tak buat salah, aman dunia ni, kannn? Yg buat huru hara adalah org2 dewasa. Dunia toddler,dunia kanak-kanak adalah dunia yang paling bersih. Penuh dengan kemaafan, penuh dengan kasih sayang, penuh dengan hati yang suci murni.

Kalau bergaduh, cepat saja maafkan, dan baik balik.Kalau org dewasa, bergaduh, ko harap sekejap ke nk baik balik???Mampos laa! Masing2 ada ego.Pasal harta, duit ringgit, sanggup berbunuh2.Sanggup bermasam muka, sanggup maki hamun mak ayah.

Pendapat aku sebagai seorang emak, anak ni umpama cermin diri kita sendiri. Apa yg kita buat, semua ditirunya. Memang tepat sekali kata2 bahawa anak diibaratkan seperti kain putih.Kita yg mencorakkannya. Sejak ada Uyin, aku lebih berhati2 dalam berkata2 dan juga dalam perbuatan. Kalau dulu aku agak panas baran, sekarang aku boleh control marah dan lebih cool. Dan aku dapat lihat kesan positif pada Uyin yang agak cool menghadapi situasi sehari2.

Kalau dulu aku xbape kisah sgt kalau tengok baby atau budak2, tapi sekarang aku jadi terlampau sensitif. Tengok cerita hantu ke, cerita bunuh2 ke, cerita sedih ke, aku susah nak keluarkan emosi aku. Tapi bila tengok baby kena buang, tengok baby kena dera, baby sakit, baby meninggal, aku boleh menangis tersedu2. Heran jugak aku. Tapi aku tau, itu semua adalah kerana Uyin. Betapa kehadiran dia mendetikkan di hati aku kasih sayang yg sgt agung kepada seluruh anak-anak di dunia ini.

Terima kasih anak!

Terima kasih kerana mendewasakan ibumu ini.
Terima kasih kerana menceriakan hari2 ibu.
Terima kasih kerana menjadi penyebab kekuatan ibu untuk menjalani kehidupan.

Secara tak langsung, banyak ilmu yang kamu sampaikan dalam hidup ibu ini.Ibu berjanji, insyallah, ibu akan jadi emak yang terbaik buat kamu, seperti mana kamu, anak yang terbaik buat ibu.

Oh, ya, pada keluarga di Malaysia,

"Oh let us make a pledge, to meet in September...
Sealed with a kiss...." =)

notabulukaki~ Banyak gak rupanya lagu yg sebut2 pasal bulan September ni kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...