Hari ni kt Malaysia sibuk lah dengan BERSIH 2.0. Dari seminggu dua sebelum ni pun, dah start riuh rendah pasal BERSIH ni.
Dalam FB, xpayah cakap lah. Yg memaki hamun sebab jam, jalan tutup, kena beku cuti semua tu. Kesian rakyat...
So, pasal BERSIH ni...ni pandangan aku la kan..Korang taknak ambik pun xpe. Aku ni bukan sapa2pun.Bukan anak dato' dari mana2 parti politik. Sekupang pun tak dapat.Aku memang betul2 rakyat Malaysia yg hina dina. Sorang surirumah, blaja pon tak tinggi mana. Tapi sebagai pemegang passport Malaysia aku bercakap atas dasar seorang rakyat aje lah.Dan oleh kerana aku berada di luar Malaysia, yg mana aku boleh katakan, otak aku tak terhumban dek info2 media pro kerajaan Malaysia
(yg aku rasa, err..korang judge lah sendiri.)So, aku punya sources of media adalah internet, dan juga laporan2 dari international TV station.
Makin lama, isu2 kt Malaysia mcm menggeletek ketiak aku sendiri. Dari sebangang2 isu, punyalah semua nk dipolitikkan. Org tu kata ko jahat, ko kata org tu jahat. Dah mcm budak2 bergaduh. Tapi masing2 dabik dada, tunjuk hero. Haih, malu aku tgk!
So, berbalik pada BERSIH 2.0. Aku rasa, ramai rakyat xtau sebenarnya, apa tu BERSIH. Yg dorang tau, jalan jem, kena roadblock, menyusahkan semua. So, applause to KERAJAAN MALAYSIA sebab berjaya mengalihkan perhatian rakyat, dari objektif utama BERSIH kepada kesan buruk akibat perhimpunan tu.
Okey, mula2 kita tengok, apa yg org2 dari BERSIH ni nak?
8 Tuntutan BERSIH:1. Bersihkan senarai undi
2. Menreformasi undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor
Dari pemahaman aku la kan..BERSIH ni adalah suara rakyat. Yang nak kan SPR telus dalam menjalankan tugas2 pilihanraya.Dah mcm2 komplen kan dengar, tapi SPR buat dekk aje.
Normal la kan, rakyat dah naik fed up dengan kerajaan lama. Takkan semedanggg org nak suke ko. Dgn isu harga minyak, harga barang, pestu pasal email 1Malaysia lah dan semua benda2 bodoh yg xde benda lain asik2 nk mengabihkan duit rakyat. Yg ko hidup senang lenang, ko suruh pulak rakyat berjimat. Ko ingat, rakyat nk sayang, peluk cium ko ke? Kalo laki aku tak kasi duit kt aku pun, dah tu mintak plak lagi duit aku, aku hangin.
BERSIH ni diwakili oleh badan2 NGO.8 bijik tuntutan kt atas tu, satu pun tak memihak pada parti pembangkang. Semuanya nakkan pilihanraya yang telus dan adil. So, ape ke jadahnya kerajaan takut sangat?Kalo pembangkang berani tunjuk salah ko, xkan la ko xberani tunjuk kebenaran ko. Kalau tak buat salah, benarkan je lah perhimpunan tu. Buat je dalam stadium atau tempat tertutup. Tak payah kacau org yg tanak terlibat.
Ini tak, kenmain dgn jalan tutup, polis check sana sini, asal pakai baju kuning je tangkap, beku cuti kakitangan hospital, polis, tentera, siap arahkan special force la ke bagai. Riuh rendah aku dengar, dah mcm nak jadi pemberontakan kt Mesir haritu.Apesal nampak mcm takut bayang2 sendiri aje? Chill lah!
Haih...yg dok buat kalut ni, aku rasa kerajaan sendiri. Ada la agenda tu kan.. saja nk bagi mcm havoc skit. Buat2 la ckp menjaga keamanan negara pape jadah suma. Padahal, yg hari2 masuk paper, bunuh sana sini tu, xde pulak ko hantar sniper ke special force ke pulak. Rakyat2 yg tak tau apa2, konfem la marah sebab mengganggu hidup dorang. Org ujung minggu la nk pegi soping, nk pegi jenjalan, nk cari brg raya. Org marah sebab tu. Kalo korang nk berhimpun, tapi xde kacau org lain, sapa pun tak marah. Ko berhimpun la patbelas tahun pun.sapa dulik.
Yg paling best, kerajaan sendiri pun xpaham apa tuntutan BERSIH. Ada ke pegi jawab,
"kita tak akan tunduk gesaan untuk mengadakan pilihanraya awal." Eh, ko ni. Dah makan panadol ke belum?
Bila kerajaan dok buat kalottt...aku teringat peristiwa MEMALI kt BALING dulu. Lebih kurang mcm ni laa.. hantar la batalion2 polis bagai. Mula2 ckp nk gempur komunis...penipu!! Padahal yg mati, org2 kampung. Baling tu kampung aku. Member aku pun bersepah je kt MEMALI tu. Bapak aku pun polis masa peristiwa tu. Korang tau tak, berapa banyak nyawa yg melayang masa tu?Berapa banyak anak2 jadi anak yatim?Bini jadi balu?Org kampung pegi motong getah pun kena tembak. Ko nk jawab apa kt akhirat besok? Ko dah bunuh org. Musnahkan hidup org. Jahanamkan hidup rakyat yang patutnya ko yang bela. Haih... sedih aku.
Yg aku dok baca blog2 pro kerajaan pasal BERSIH ni, balik2, Ambiga tu kristian bla2..skandal anwar la..merapik pasal perkara2 personal. Then, isu kaum.Wah, masing2 pulak nk jadi pahlawan melayu.Tiba2 pulak depang2 tangan mengaku Islam.Semua kelihatan mulia gila
(malas nk tnya, ko solat cukup tak?). Bercampur tunggang langgang. Boleh tak tumpukan pada 1-1 isu?Isu sekarang, rakyat nak pilihanraya umum yg akan datang ni bersih dari benda2 busuk duit haram ape jadah suma tu. Sapa yg menang nanti, tu belakang kira la.. Dah kalo parti pembangkan ke pulak tiba2 menang nanti, pestu buat perangai mcm sial, rakyat hantam la balik next election. Ini yg aku nampak, kerajaan jadi mcm gila2 gelabah. Dengan tutup website semakan undi lah. Dah kalo ko tak merapik2 daftar nama org yg bukan2, bukak je lah.. Bagi semua rakyat tengok. Ko ingat ni tahun 80an ke?Rakyat suma tgk TV RTM, baca paper UTUSAN aje. Skang zaman internet la woi. Bukti bersepah2. Hadoih...suruh rakyat transformasi. Ko yg tak gerak2 lagi.
Ha, kan dah panjang berjela aku bebel. Tak payah la korang tanya aku parti apa. Last aku pegi mengundi dulu, aku pangkah BN hokey? Pasal aku rasa negara mcm stable lagi masa tu. Skang ni aku xtau nk undi apa. Kerajaan sekarang mcm ba alip ngang sangat. Pengikut2 mcm dpt rumput ijau. Iye saja. Yg belah pembangkang plak, aku rasa mcm, eh.. boleh ke laar dorang ni nk tadbir negara?Pengikut2 mcm emo semacam je. Seriau aku.Undi rosak kang! Apapun aku doakan kesejahteraan negara Malaysia. Aku sayang gila negara aku. Pasal aku dah saksikan sendiri sengsara rakyat Sri Lanka akibat perang yg bodoh2 alang mcm kt malaysia la jugak.Jangan lupa, Sri Lanka pada tahun 50an adalah negara termaju di rantau Asia. Kalah Jepun okey?Tu pasal tertubuhnya THE COLOMBO PLAN SECRETARIAT. Ada sorang member aku tanya, Sri Lanka tu mcmana er? Negara orang asli ke? Haa... kalo korang nk merasa org luar tanya pasal Malaysia mcm tu besok2, silakan lah.... sila ikut jejak langkah pemimpin2 bebal Sri Lanka dulu2. Perang! Bergaduh, bertumbuk!!
notabulukaki: Tak...aku xpakai baju kuning pun..aku pakai baju tido je lagi.Tak kuasa aku nk sokong memana. Skang aku nk pegi BERSIHkan peti ais aku.Nak masak apa tah rini..